Thursday, 19 July 2012

~Kasih Seorang Suami~



Kita telah ditemukan dengan jodoh kita masing-masing.. setiap orang ada jodohnya... Perkenalan aku & suamiku..yang dulu rakan sekelas ku.. kini menjadi teman sehidup sematiku.. insyaallah.. 
Walaupun dalam rumah tangga ini kadang2 bergaduh.. bersedih.. berbaik.. bergembira... dalam hati seorang suami ini.. masih ada sayang kepada isterinya.. biarpun diluaran kita lihat sisuami begitu ego... begitu mementingkan diri... tapi..bila saat isteri sakit.. dan memerlukan pelukannya.. dia akan sentiasa ada untuk isterinya.. terima kasih untuk segala-galanya... 
memang kadang2 kita asa tidak puas hati dgn suami.. tapi.. hati seorang isteri.. marah macam mana pun.. tetap akan ada selalu untuk suaminya...Ketika disaat mengandung baby kecil dalam perut ini.. macam kesakitan yang kita alami.. kekurangan kalsium.. tulang-tulang kita berkeriuk ketika ketika kita bergerak.. ketika kita hendak ubah sisi tido.. sakit yang amat sangat.. kadang2 sampai terasa mahu menitis air mata.. tapak kaki bila memijak lantai.. terasa sakitnya.. terasa sakit mahu menggerakkan kaki.. tapi.. kesakitan ini merupakan pengorbanan untuk kita mendapat ahli baru beberapa bulan lagi...
itu sudah membuatkan kita tetap sabar dengan sedikit kesakitan yang diuji oleh Allah s.w.t kepada kita... kita juga dianugerahkan suami yang sanggup bangun tengah malam.. sapu minyak ubat dan urut kaki isterinya.. 
ya allah.. terima kasih ya allah diatas anugerahmu.. aku bersyukur kepada mu ya allah... setiap manusia tidak sempurna sepenuhnya... 
memang diakui.. seseorang itu tidak baik atau tidak mempunyai kelebihan dalam sesuatu perkara.. tapi dia ada baiknya dan kelebihannya dalam sesuatu perkara yang lain... orang lain tak semestinya akan sama sikap/perangai baiknya dengan teman hidup yang Allah s.w.t beri kepada kita.. 

~Apa-apa pun aku bersyukur dengan apa yang Allah s.w.t kurnia pada aku..Alhamdulillah~

No comments:

Post a Comment