Thursday, 9 August 2012

LailatulQadar

(Gambar Hiasan)


Semalam.. masa layari FB.. ada makluman dari page Daruusyifa tentang kemungkinan malam lailatulqadar terjadi pada hari khamis malam jumaat atau ahari sabtu malam ahad... Masyaallah.. kalau la kita dapat bertemu malam yg indah itu... hati ni teringin sangat... 

Jangan terlepas 4 malam di bulan Ramadhan tahun ini. kemungkinan besar salah satu malam ini Lailatul Qadar.


1. Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat (Malam 21 di Malaysia, Malam 22 di Mekah)
2. Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad (Malam 23 di Malaysia, Malam 24 di Mekah)
3. Rabu, 15-Ogos-2012 malam Khamis (Malam 27 di Mekah, Malam 26 di Malaysia)
4. Jumaat, 17-Ogos-2012 malam Sabtu (Malam 29 di Mekah, Malam 28 di Malaysia)

Ini berdasarkan maklumat daripada Kitab Jauhar al-Mauhub, seperti berikut;

Di Malaysia
=========

Awal Ramadan tahun ini di Malaysia (1 Ramadan 1433H) jatuh pada hari Sabtu (21-Julai-2012) maka mengikut;

1. Pendapat pertama (Imam Nawawi) – Lailatul Qadar insya-Allah akan jatuh pada malam yang ke-21 (hari Khamis, 9-Ogos-2012 malam Jumaat)

2. Pendapat kedua (Sheikh Wahab) - Lailatul Qadar insya'Allah jatuh pada malam yang ke-23 (hari Sabtu, 11-Ogos-2012 malam Ahad)

Semalam tidur sampai termimpi-mimpi dapat melihat malam lailatulqadar... semalam.. lepas buka posa... kita mengaji... dan tunggu sampai isyak... lepas isyak tu.. hafal surah2 supaya sentiasa ingat dan mudah kita membaca surah2 itu ketika solat... ingat nk wat solat sunat terawikh... tapi perut x selesa.. dan pinggang asa sakit sgt sebab duduk terlalu lama... biasa la.. org preggy ni.. sakit pinggang.. lenguh kaki.. lenguh badan.. semua ada.. pastu.. suami pulang dari keja.. dia plak mengadu sakit gigi.. kita ni bukan bleh dengar bila suami ngadu sakit gigi... tu pun jangan.. dalam dok sakit gigi.. nk makan ABC la.. Yong tou fu la... dari malam kemarin lagi.. dia ty ada jual x yong tou fu kt anjung resoran... kita ckp x ada.. sbb bulan posa.. x brapa jalan... dia pesan plak suh beli ABC.. kita pun bungkus satu untuk dia.. balik keja terus simpan dalam peti ais... en.suami plak merap suh kita hidangkan ABC untuk dia.. kita sebagai isteri ni kesian bila suami suruh wat sesuatu untuk dia.. kita pun g la hidangkan ABC.. cedok aiskrim.. letak atas ABC... pastu goreng karipap frozen yang kita entam wat sendiri.. hehe.. sedap... bila dia dh makan siap semua...bangun berus gigi dah nk tidur... masa tu dah kul 11p.m lebih.. kita x nk tidur pun jadi ketiduran awal..  dan hanya terjaga hampir jam 3.45 pagi.. terus teringat.. adakah semalam terjadinya malam Lailatulqadar... terus bangun.. tengok kt luar umah.. sunyi ja.. tengok langit.. lapang ja... pastu.. terus masak utk sahur...sahur.. mengaji siket.. dan tunggu subuh... tadi masa nk g keja.. tengok langit.. biru.. kosong.. tiada gumpalan awan di langit.. (dalam hati terdetik adakah semalam malam lailatul qadar...) 

No comments:

Post a Comment